Adakah kedudukan Dato Seri Adnan sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri Pahang selamat? MB Pahang telah tewas dalam pemilihan MKT UMNO baru baru ini. Walhal, Dato Seri Nan sudah cukup terkenal dalam negara ini.
Kalau kurang dikenali sebagai ketua eksekutif sebuah negeri terbesar di semenanjung, dia di kenali dengan perlakuan dan tindakan spontan nya. Antara nya, reaksi kepada penyokong PAS yang kurang ajar kepada pimpinan UMNO, tindakan nya memboikot Utusan Merayau Melayu dan niat untuk menyaman akhbar tersebut. Dato Nan juga terkenal sebagai seorang individu yang cenderung kepada lepas cakap yang bersehaja.
Fakta2 tersebut tidak memerlukan Dato Nan di perkenalkan kepada perwakilan.
Tambahan pula, jika anak buah Dato Nan iaitu wakil wakil rakyat dan ketua ketua bahagian melakukan kerja mempertahan ketua perhubungan, sudah pasti Dato Nan mencapai kemenangan.
Semasa saya bertemu dengan Dato Seri Adnan, dia berkata dia bertanding untuk membuktikan dua perkara. Pertama, jika dia menang tanpa melakukan politik wang, itu bermakna, masa ada harapan untuk politik bebas politik wang dalam UMNO. Jika dia tewas, itu akan bererti bahawa jawatan dalam UMNO boleh di perniagakan. Sekarang terbukti dia telah tewas. Dia tewas kepada tunduk nya perwakilan pada pengauruh wang.
Walalupun pandangan yang demikian agak simplistik, realiti nya tidak lah se putih dan sehitam demikian. Kita tidak boleh menerima bulat bulat pembacaan Dato Nan.
Apabila Dato Nan tidak turun padang seperti orang lain, orang akan membaca nya sebagai Dato Nan tidak menujukkan kesungguhan. Dan dalam UMNO kesungguhan di letakkan pada premium yang amat tinggi. Mereka melihat kepada peluang untuk berinteraksi dengan calun yang berminat sebagai petanda se2orang itu serius dan benar benar mahukan jawatan yang di tawarkan.
Dato Nan meneydari perkara ini pada saat akhir dan ketika itu, keadaan agak terlambat.
Negeri Pahang mempunyai 14 buah bahagian UMNO. Tidak syak lagi, apabila Dato Nan kalah, ini menujukkan kurang nya permuafakatan dan kesepakatan antara ketua2 bahagian dengan Dato Nan. Maka tidak menghairankan jika daripada tiada atau kurang nya permuafakatan ini, akan ada gerakan yang mahu melongkahkan Dato Nan dari jawatan pengerusi perhubungan UMNO negeri Pahang.
Sebagai ketua UMNO negeri, dia dilantik oleh ketua UMNO Malaysia iaitu Presiden UMNO. Selama tidak ada perubahan dalam kaedah melantik ketua UMNO negeri, maka kedudukan Dato Nan selamat. Hubungan nya dengan Presiden UMNO adalah suatu perhubungan yang diperlukan. Dato Nan di perlukan untuk mengurus negeri Pahang dan mengawal keadaan dari berantakan ketua ketua bahagian.
Namun demikian, FAKTA tersebut yang akan di lihat hanya sebagai TANGGAPAN oleh musuh politiknya, boleh berubah. Tidak ada apa yang boleh menyekat musuh politik nya daripada berpakat dan berkomplot untuk menyampaikan pandangan kepada ketua UMNO Malaysia.
Ini berdasarkan hubungan yang rapuh antara ketua ketua bahagian dengan Dato Nan. Bayangkan perkara berikut.
Di sekitar Kuantan, Dato Nan dikelilingi oleh 3 ketua bahagian yang tidak keberatan memperlekehkan Dato Nan. Melukai Dato Nan tidak akan menimbulkan rasa sesal malah akan menghasilkan kepuasan.
Paya Besar diketuai oleh Dato Tajudin Sulaiman. Seperti Dato Nan, Tajudin juga seorang yang tidak mudah di takutkan. Keberanian nya di sokong pula oleh kedudukan ekonomi nya yang kuat. Tajudin bukanlah seorang ketua bahagian yang melepek.
Dia adalah ketua bahagian yang menjadi ADUN selama 2penggal. Dalam pilihanraya 2008 telah tidak terplih menjadi calun. Itu sudah cukup menanam suatu dendam kepada Dato Nan.
Tajuddin akan meratapi betapa Dato Nan membelakangi fakta sekurang kurang mereka bersahabat lama. Tajudin dan Dato Nan sama sama belajar di Universiti Malaya. Ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya rakan serumah semasa belajar di UM. Dan Tajudin akan tidak keberatan memberitahu antara dia dan Dato Nan sama sama pernah melalui zaman nakal sebagai mahasiswa.
Fakta bahawa perkara perkara yang bersifat kemanusiaan demikian dan hubungan peribadi seperti ini tidak dapat menyelamatkan kedudukan Tajudin, memberitahu kita bahawa terdapat isu besar antara mereka berdua.
Tajudin juga menjadi sekoyong koyong terkenal apabila mendedahkan urusan perniagaan natara UMNO negeri melalui Rangkaian Delima dengan syarikat syraikat bukan Bumiputera yang membeli tanah tanah perladangan yang sangat luas. Tajudin telah menjalankan usaha untuk megaitkan Dato Nan dengan urus niaga yang dianggap nya sebagai tidak telus dan korap.
Cubaan untuk menjatuhkan Tajuddin dari jawatan ketua bahagian gagal dilakukan apabila ahli parlimen Paya Besar, Manan Ismail tidak mampu mengalahkan Tajudin. Walaupun Manan telah berpakat dengan 3 orang ADUN Paya Besar yang lain, cubaan tersebut masih gagal. Ini membuktikan sokongan grassroots Tajudin amat kuat. Apatah lagi Manan Ismail dan 3 orang ADUN yang lain di dapati bersalah oleh Lembaga DisplinUMNO baru baru ini.
Tajudin akan menegaskan bahawa ke empat wakil rakyat tersebut didalangi oleh Dato Nan untuk menjatuhkan nya.
Kemenangan Tajudin akan membuat ia menganggap diri nya kebal. Ini akan memberanikan Tajudin untuk meningkatkan perang nya terhadap Dato Adnan Yaakob. Sudah barang tentu dia akan mencari rakan rakan lain yang sependapat untuk mencari jalan mengeluarkan Dato Nan. Dan jika ada gerakan menjemput petition melongkahkan Dato Nan dari jawatan Ketua UMNO Negeri, Tajudin akan menjadi orang yang pertama melakukan nya.