Saturday, April 18, 2009

Ketua UMNO Negeri Pahang


 

Adakah kedudukan Dato Seri Adnan sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri Pahang selamat? MB Pahang telah tewas dalam pemilihan MKT UMNO baru baru ini. Walhal, Dato Seri Nan sudah cukup terkenal dalam negara ini.

Kalau kurang dikenali sebagai ketua eksekutif sebuah negeri terbesar di semenanjung, dia di kenali dengan perlakuan dan tindakan spontan nya. Antara nya, reaksi kepada penyokong PAS yang kurang ajar kepada pimpinan UMNO, tindakan nya memboikot Utusan Merayau Melayu dan niat untuk menyaman akhbar tersebut. Dato Nan juga terkenal sebagai seorang individu yang cenderung kepada lepas cakap yang bersehaja.

Fakta2 tersebut tidak memerlukan Dato Nan di perkenalkan kepada perwakilan.

Tambahan pula, jika anak buah Dato Nan iaitu wakil wakil rakyat dan ketua ketua bahagian melakukan kerja mempertahan ketua perhubungan, sudah pasti Dato Nan mencapai kemenangan.

Semasa saya bertemu dengan Dato Seri Adnan, dia berkata dia bertanding untuk membuktikan dua perkara. Pertama, jika dia menang tanpa melakukan politik wang, itu bermakna, masa ada harapan untuk politik bebas politik wang dalam UMNO. Jika dia tewas, itu akan bererti bahawa jawatan dalam UMNO boleh di perniagakan. Sekarang terbukti dia telah tewas. Dia tewas kepada tunduk nya perwakilan pada pengauruh wang.

Walalupun pandangan yang demikian agak simplistik, realiti nya tidak lah se putih dan sehitam demikian. Kita tidak boleh menerima bulat bulat pembacaan Dato Nan.

Apabila Dato Nan tidak turun padang seperti orang lain, orang akan membaca nya sebagai Dato Nan tidak menujukkan kesungguhan. Dan dalam UMNO kesungguhan di letakkan pada premium yang amat tinggi. Mereka melihat kepada peluang untuk berinteraksi dengan calun yang berminat sebagai petanda se2orang itu serius dan benar benar mahukan jawatan yang di tawarkan.

Dato Nan meneydari perkara ini pada saat akhir dan ketika itu, keadaan agak terlambat.

Negeri Pahang mempunyai 14 buah bahagian UMNO. Tidak syak lagi, apabila Dato Nan kalah, ini menujukkan kurang nya permuafakatan dan kesepakatan antara ketua2 bahagian dengan Dato Nan. Maka tidak menghairankan jika daripada tiada atau kurang nya permuafakatan ini, akan ada gerakan yang mahu melongkahkan Dato Nan dari jawatan pengerusi perhubungan UMNO negeri Pahang.

Sebagai ketua UMNO negeri, dia dilantik oleh ketua UMNO Malaysia iaitu Presiden UMNO. Selama tidak ada perubahan dalam kaedah melantik ketua UMNO negeri, maka kedudukan Dato Nan selamat. Hubungan nya dengan Presiden UMNO adalah suatu perhubungan yang diperlukan. Dato Nan di perlukan untuk mengurus negeri Pahang dan mengawal keadaan dari berantakan ketua ketua bahagian.

Namun demikian, FAKTA tersebut yang akan di lihat hanya sebagai TANGGAPAN oleh musuh politiknya, boleh berubah. Tidak ada apa yang boleh menyekat musuh politik nya daripada berpakat dan berkomplot untuk menyampaikan pandangan kepada ketua UMNO Malaysia.

Ini berdasarkan hubungan yang rapuh antara ketua ketua bahagian dengan Dato Nan. Bayangkan perkara berikut.

Di sekitar Kuantan, Dato Nan dikelilingi oleh 3 ketua bahagian yang tidak keberatan memperlekehkan Dato Nan. Melukai Dato Nan tidak akan menimbulkan rasa sesal malah akan menghasilkan kepuasan.

Paya Besar diketuai oleh Dato Tajudin Sulaiman. Seperti Dato Nan, Tajudin juga seorang yang tidak mudah di takutkan. Keberanian nya di sokong pula oleh kedudukan ekonomi nya yang kuat. Tajudin bukanlah seorang ketua bahagian yang melepek.

Dia adalah ketua bahagian yang menjadi ADUN selama 2penggal. Dalam pilihanraya 2008 telah tidak terplih menjadi calun. Itu sudah cukup menanam suatu dendam kepada Dato Nan.

Tajuddin akan meratapi betapa Dato Nan membelakangi fakta sekurang kurang mereka bersahabat lama. Tajudin dan Dato Nan sama sama belajar di Universiti Malaya. Ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya rakan serumah semasa belajar di UM. Dan Tajudin akan tidak keberatan memberitahu antara dia dan Dato Nan sama sama pernah melalui zaman nakal sebagai mahasiswa.

Fakta bahawa perkara perkara yang bersifat kemanusiaan demikian dan hubungan peribadi seperti ini tidak dapat menyelamatkan kedudukan Tajudin, memberitahu kita bahawa terdapat isu besar antara mereka berdua.

Tajudin juga menjadi sekoyong koyong terkenal apabila mendedahkan urusan perniagaan natara UMNO negeri melalui Rangkaian Delima dengan syarikat syraikat bukan Bumiputera yang membeli tanah tanah perladangan yang sangat luas. Tajudin telah menjalankan usaha untuk megaitkan Dato Nan dengan urus niaga yang dianggap nya sebagai tidak telus dan korap.

Cubaan untuk menjatuhkan Tajuddin dari jawatan ketua bahagian gagal dilakukan apabila ahli parlimen Paya Besar, Manan Ismail tidak mampu mengalahkan Tajudin. Walaupun Manan telah berpakat dengan 3 orang ADUN Paya Besar yang lain, cubaan tersebut masih gagal. Ini membuktikan sokongan grassroots Tajudin amat kuat. Apatah lagi Manan Ismail dan 3 orang ADUN yang lain di dapati bersalah oleh Lembaga DisplinUMNO baru baru ini.

Tajudin akan menegaskan bahawa ke empat wakil rakyat tersebut didalangi oleh Dato Nan untuk menjatuhkan nya.

Kemenangan Tajudin akan membuat ia menganggap diri nya kebal. Ini akan memberanikan Tajudin untuk meningkatkan perang nya terhadap Dato Adnan Yaakob. Sudah barang tentu dia akan mencari rakan rakan lain yang sependapat untuk mencari jalan mengeluarkan Dato Nan. Dan jika ada gerakan menjemput petition melongkahkan Dato Nan dari jawatan Ketua UMNO Negeri, Tajudin akan menjadi orang yang pertama melakukan nya.

7 comments:

  1. Orang Pahang memang penyokong fanatik umno. tapi itu yang tua-tua saja. Yang muda belum tahu macam-macam boleh jadi. Balak memang banyak. zaman dahulu orang-orang umno heboh fasal ban balak. Bila dapat ban balak bolehlah jual pada taukeh dapat duit buat beli honda cup atau kereta terpakai model lama. umno pahang zaman itu bagi saham (balak) ASPA pada semua orang umno pahang 100 unit seorang.sampai hari ini sahamnya dok tidur tak bangun-bangun.pengsan ada. tapi business ASPA tak mati pulak.Itu cerita tahun 60an ,70an.Tok Nan ini pun bukanlah orang umno hebat sangat sebelum mahathir melantiknya menjadi mb pahang.ada orang lain yang jadi ahli mkt umno tidak terpilih. gamoknya seperti si toyo di selangor mahathir mahukan orang yang dia boleh kontrol 101%.Di Pahang ni kemajuan yang nampak banyak berpusat di Kuantan, di Temerloh adalah sikit-sikit,di Pekan gamoknya. kalau pergi kesebelah Pahang Barat Raub, Kuala Lipis, Jerantut tak ada apa sangat yang nampak. Kampung saya dalam daerah Temerloh hanya mendapat bekalah air, letrik dan jalan raya selepas 40 tahun merdeka walhal loji air hanya satu kilometer saja jaraknya. Ingatlah dalam sibuk-sibuk berebut kedudukan dan projek ada benga yang perlu dilihat secara teliti dan prihatin..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dato',

    Berdasarkan tulisan Dato' ini bolehlah kita andaikan bahawa Dato' adalah seorang penyokong setia Dato' Sri Adnan Yaakob. Seperti yang umum ketahui, Dato' juga terkenal sebagai penyokong kuat Khairy Jamaludin. Sememangnya itu hak Dato' untuk menyokong siapa sekalipun.

    Saya memilih untuk komen sekarang berhubung artikel Dato' ini kerana kita telahpun mengetahui tentang kedudukan Dato' Sri Pak Long Nan sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang. Beliau telah dikekalkan oleh Dato' Sri Najib, cumanya beliau tidak dilantik ke Majlis Tertinggi. Saya pasti ini akan tidak menggembirakan Dato' Ahmad Tajuddin dan rakan-rakannya.

    Saya secara peribadinya berpendapat Dato' Sri Adnan patut berhenti sahaja daripada menjadi Menteri Besar Pahang dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Pada bulan Mei ini genaplah 10 tahun beliau menjawat jawatan itu. Selama 10 tahun ini apakah kejayaan besar yang Pak Long Nan telah capai untuk negeri Pahang? Tidak dapat dinafikan sebagai MB, Pak Long Nan seorang yg sangat 'popular', (not for good reasons perhaps)tetapi apakah itu membantu beliau menjalankan tugasnya dengan baik sebagai MB? Kita tahu defisit kerajaan negeri sekarang ialah RM 98 juta. Alasan yg diberi ialah kalau kerajaan negeri tak berbelanja, maka ekonomi tidak akan digerakkan. Duit itu juga katanya dibelanjakan untuk program2 kebajikan rakyat.

    Saya tak nafikan perkara itu benar. Saya pun pernah dapat biasiswa dari Yayasan Pahang masa sekolah menengah dulu. Tapi itu tak dapat dijadikan alasan diatas kegagalan pentadbiran Pak Long Nan utk memajukan ekonomi negeri kita. Suatu ketika dulu saya pernah berasa dengki kepada Negeri Terengganu di bawah pimpinan Dato' Seri Idris Jusoh kerana nampak seolah-olah Pok Yeh ada lebih banyak visi dan misi untuk membangunkan negeri Terengganu. Mungkin dapat dihujahkan bahawa Terengganu ada royalti minyak RM 1 billion setahun. Tetapi di kala negeri Pahang masih di bawah kategori negeri miskin pun Pak Long Nan masih boleh belanja ratusan ribu ringgit untuk beli plat kereta untuk tetamu kerajaan negeri.

    Banyak masalah yg membelenggu negeri kita sekarang ini. Masalah bekalan air yg tak pernah selesai, masalah penggondolan hutan (anehnya Pak Long kata di zaman dialah kerajaan negeri telah mewartakan begitu banyak hutan simpan utk tadahan air) di Cameron Highlands dan di kawasannya sendiri di Janda Baik (sila rujuk The Star, 5 Mei).

    Itu belum kira masalah politik lagi, Dato'. Dalam 'saf' badan Perhubungan UMN0 Negeri sekarang bolehlah dikatakan majoriti ahlinya akan berasa gembira kalau Pak Long Nan disingkirkan. Saya boleh namakan orang-orangnya. Tapi tak perlu sebutlah, saya rasa Dato' sendiri lebih arif dan lebih maklum dari saya. Anak-anak didik Pak Long Nan sendiri turut berlumba-lumba melobi utk rebut jawatan MB itu dari dirinya sendiri. Apakah ini suatu perkembangan yg sihat untuk politik negeri Pahang?

    Mungkin saya hanya komen atas perkara2 yg saya nampak dari luaran sahaja, atas kapasiti saya sebagai rakyat jelata Negeri Pahang dan ahli biasa UMNO. Mungkin Dato' tahu lebih banyak tentang kejayaan dan kecemerlangan Pak Long Nan selaku MB Pahang dari saya, memandangkan Dato' pernah jadi ADUN dan kini Pegawai Khas kepada MB pula. Mungkin Dato' boleh jelaskan pada saya sebab-sebab mengapa Pak Long Nan tak patut digantikan. Mungkinkah kerana tak ada orang yg layak di kalangan ADUN2 hari ini?

    Tapi selagi penjelasan itu belum saya terima dari Yang Hormat Dato', selagi itulah saya berpendapat bahawa sudah sampai masanya Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob, SSAP., DSAP., DGSM., Menteri Besar Pahang Darul Makmur, untuk berundur dari kedudukannya.

    Terima kasih. Mohon maaf sebab komen banyak sangat.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Pahang bila nak bayar saman?

    ReplyDelete
  4. Orang UMNO tibai orang UMNO.....Orang UMNO kaye sebab UMNO...Orang UMNO berlagak....Orang lama UMNO pun dah perabihkan harta yang diorang kata untuk generasi kami akan datang......Puki omak bapak diorang lah......kaya sebab makan harta rakyat.....pegi mampus dengan UMNO.

    ReplyDelete
  5. INI REALITI UMNO?
    Sedih untuk dikenangkan jika inilah sikap pimpinan yang ada dalam umno.

    Sebagai anak Pahang juga sebagai Mahasiswa saya amat berbangga dengan Dato' Nan. Pastinya rata2 ggolongan sealiran saya bersetuju dengan kenyataan ini.

    Dato Nan merupakan seorng pemimpin yang mengutamakan rakyat. terutamanya dalam aspek pendidikan & kebajikan.

    Beliau telah melaksanakan corak kepimpinan yang mendahulukan rakyat berbanding kerajaan. Defisit yang dialami Kerajaan adalah kerana kerajaan harus berbelanja utuk siapa.... Rakyat!!!

    Persolan disini siapa kerajaan???? Rakyat juga...

    Tuntutan pembangunan adalah kehendak setiap rakyat. Namum apa ertinya pembangunan jika rakyat yang susah dan miskin dibiarkan merempat.

    Fahamilah demografi ekonomi Pahang sebelum mengatakan tiada pembangunan di negeri ini. kita dapat lihat jika dulu perjalanan dari Bertong ke Lepih mungkin 4 jam atau lebih namum pada hari ini 1 jam setengah sahaja atau pun kurang.. Apa maknanya itu.... PEMBANGUNAN....

    Banyak lagi jika kita ingin bertaki tentang ini namum perlu kita sedar bahawa setiap pemimpin itu ada jasa dan kebaikanya.....

    PASTINYA RAKYAT AKAN TERUS BERSAMA DATO NAN!!!

    p/s Hanya kontraktor sahaja yang dahagakan projek marah pada MB pahang

    ReplyDelete
  6. Sebelum Negeri Pahang bangkerap baiklah cepat tukar MB baru. Dato Nan dah terlalu lama sangat dah tak relevan politik 60an dia.Realitinya orang Pahang dah tak nampak apa dia buat untuk ekonomi negeri Pahang. Kilang ada nak tutup di Gebeng, orang akan hilang kerja, barang naik nak hidup pun susah. Tapi kroni2 dia senang yang kuat mengampu yang bodoh macam lembu. Bagilah ke orang muda pulak jadi MB supaya membawa idea baru dan peruabahan ke negeri Pahang. Dato Nan dah tua jadi2lah tu.

    ReplyDelete
  7. Saya sokong pendapat yang mengsyorkan MB sekarang patut berundur dan diganti dengan muka baru yang pastinya membawa idea baru bersamanya untok memajukan negeri Pahang. 10 tahun dah menjadi MB nampaknya kerjaya politik Dato Nan dah tak berkembang, agaknya dah tepu. Selalunya orang politik berkerja untok rakyat 1-2 penggal saja. Lepas tu untuk mengkaya diri dan keluarga sendiri kerana mereka tau mereka dah dipenghujong jalan.

    ReplyDelete